Tuesday, 18 January 2011

INFO SOLAT : TAMAKNINAH

Tamakninah setengah daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya,ramai yang xsedar bahawa solatnya tak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG. Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun Solat yang WAJIB Disertakan Tamakninah :
Dibawah adalah senarai rukun solat yang mesti disertai tamakninah & akan batal solat jika xde tamakninah(amik perhatian tau).
1. RUKUK : waktu tulang belakang dah sama rata & kedua belah tangan pegang pada kepala lutut,hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. I'TIDAL(bangun darp rukuk) : pergerakan daripada rukuk menegak & meluruskan semula tulang belakang spt berdiri sebelum ni. Sempurna berdiri sebentar tersebut,itulah kadar tamakninah.

3. SUJUD : waktu semua anggota sujud yang tujuh(2tangan,2lutut,2kaki & 1dahi)cecah ke lantai. Hentikan sebarang pergerakan seketika waktu. Maka tulah kadar tamakninah.

4. DUDUK ANTARA 2 SUJUD : waktu duduk sambil baca doanya,tak harus bagi kita gerakkan anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah :
1. I'TIDAL : terdapat sesetengah orang,apabila bangun dari rukuk kapada i'tidal,belum sempat tulang belakang lurus spt sebelumnya,dia dah turun untuk sujud. Solat jenis nie xsah malah batal kerana xde tamakninah dalam solatnya.

2. SUJUD : waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak & ada yang mengangkatnya(xcecah kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ni xsempurna & xde tamakninah. Maka xsah@batal solatnya.

3. BANGUN DARI SUJUD : waktu bangun dari sujud ke-2,ketika nak berdiri tegak ke rakaat seterusnya,xde tamakninah tetapi kita disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.

sama2 kita manfaatkan ye. selamat beramal. to be continue.

1 comment:

dds said...

Jom layari waktusolatmalaysia.com untuk info solat terkini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...