Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Wednesday, 23 February 2011

Kebangkitan siswa IPTA beri pukulan hebat UMNO-BN

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183717_1545621694537_1654878250_1341094_5046017_n.jpg


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183717_1545621734538_1654878250_1341095_1173323_n.jpg


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183717_1545621774539_1654878250_1341096_2481546_n.jpg


http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183717_1545621814540_1654878250_1341097_7773951_n.jpg


http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184287_1545702496557_1654878250_1341327_1688616_n.jpg


http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183717_1545621854541_1654878250_1341098_7781971_n.jpg


http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184287_1545702616560_1654878250_1341330_2630177_n.jpg


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184287_1545702656561_1654878250_1341331_6050056_n.jpg


Laksanakn tangungjawab dengan baik. Kemenangan adalah amanah. Jangan abaikan dan jangan sesekali khianat dengan amanah yang ditaklifkan. Takbir!

Tuesday, 18 January 2011

INFO SOLAT : TAMAKNINAH

Tamakninah setengah daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya,ramai yang xsedar bahawa solatnya tak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG. Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun Solat yang WAJIB Disertakan Tamakninah :
Dibawah adalah senarai rukun solat yang mesti disertai tamakninah & akan batal solat jika xde tamakninah(amik perhatian tau).
1. RUKUK : waktu tulang belakang dah sama rata & kedua belah tangan pegang pada kepala lutut,hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. I'TIDAL(bangun darp rukuk) : pergerakan daripada rukuk menegak & meluruskan semula tulang belakang spt berdiri sebelum ni. Sempurna berdiri sebentar tersebut,itulah kadar tamakninah.

3. SUJUD : waktu semua anggota sujud yang tujuh(2tangan,2lutut,2kaki & 1dahi)cecah ke lantai. Hentikan sebarang pergerakan seketika waktu. Maka tulah kadar tamakninah.

4. DUDUK ANTARA 2 SUJUD : waktu duduk sambil baca doanya,tak harus bagi kita gerakkan anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah :
1. I'TIDAL : terdapat sesetengah orang,apabila bangun dari rukuk kapada i'tidal,belum sempat tulang belakang lurus spt sebelumnya,dia dah turun untuk sujud. Solat jenis nie xsah malah batal kerana xde tamakninah dalam solatnya.

2. SUJUD : waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak & ada yang mengangkatnya(xcecah kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ni xsempurna & xde tamakninah. Maka xsah@batal solatnya.

3. BANGUN DARI SUJUD : waktu bangun dari sujud ke-2,ketika nak berdiri tegak ke rakaat seterusnya,xde tamakninah tetapi kita disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.

sama2 kita manfaatkan ye. selamat beramal. to be continue.

DOA : MUSTAJAB @ TERHIJAB

Bukan senang bagi seorang hamba Allah menggerakkan hati & lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik & hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa,bererti seorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita dah benar-benar berhajat kapada.Nya maka Allah pasti tak akan mengecewakan hajat kita.

Berdoa bukan untuk beritahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun ALLAH SEDIA MENGETAHUINYA. Doa ialah PENGABDIAN daripada seorang hamba kepada TUHANNYA.

Saturday, 8 January 2011

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 1 :- ANTARA TOKOH INTELEKTUAL




FATHI YAKAN :-
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablus,Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimpin gerakan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falfasah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian pada peringkat sarjananya adalah kejuruteraan.


PENGASAS GERAKAN JEMAAH ISLAM LUBNAN :-
Beliau dan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr. Mustafa As-Siba'ie di Syria pada tahun 1950-an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islamiyyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006, beliau menubuhkan gerakan Islamic Action Front.


PENULISAN :-
Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 35 buah buku. Tulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah APA ERTI MENGANUT ISLAM, GOLONGAN YANG TERCICIR & BAHTERA PENYELAMAT.
Sebagai seorang sarjana, beliau juga banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antarabangsa.


PEGANGAN TERHADAP SISTEM PILIHAN RAYA :-
Pada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam Pilihan Raya Lubnan dan memenangi salah satu kerusi Parliman. Beliau adalah tokoh Muslim yang bersinar dalam senario politik Lubnan sejak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi.

Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku berjudul IHDZARUU AL-AIDS AL-HARAKY. Melalui buku itu, beliau meluahkan pendapatnya mengenai penglibatan jemaah Islam kedalam kencah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam,khususnya di Lubnan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai AIDS HARAKAH.

Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor :-
1. Jemaah yang wujud berdasarkan kekaguman pada seorang pemimpin tertentu.

2. Jemaah mengejar kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti.

3. Jemaah dipengaruhi oleh kepentingan luar seperti politik dan ekonomi.

4. Tergesa-gesa bagi meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya prinsip jemaah.

5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh di kalangan pimpinan atau ahli.

6. Campur tangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alasan bekerjasama dengan jemaah.

7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa.


KEMATIAN YANG DIRATAPI DUNIA :-
Tanggal 13 JUN 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada usia 76 tahun.

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 1 :- ANTARA TOKOH INTELEKTUAL




DR. ZAKIR NAIK :-
Zakir Abdul Karim Naik dilahirkan pada 18 OKTOBER 1965 di Mumbai,India. Beliau seorang doktor perubatan. Beliau juga dikenali sebagai pakar dalam perbandingan agama.

DOKTOR YANG MENJADI PENDAKWAH :-
Dr. Zakir mendapat mendidikan awal di St. Peter's High School,Mumbai. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Mumbai. Namun sejak tahun 1991, beliau mengabdikan diri hidupnya kapada aktiviti dakwah. Beliau menjadikan Ahmad Deedat, seorang sarjana dalam perbandungan agama sebagai inspirasinya dalam bidang dakwah.

Kaedah penyampaian beliau sering menggunakan Quran,hadis dan bukti saintifik serta logik. Malah,beliau mampu memetik isi daripada kitab Injil,Taurat dan Mahabrata. Kaedah penyampaian ceramah beliau sering menggunakan taknologi moden seperti mrdia elektronik dan internet bagi mendapatkan impak yang lebih baik. Dakwah Dr. Zakir ditumpukan pada golongan remaja kerana menurutnya golongan ini merasakan agama islam ketinggalan zaman.

Sejak tahun 1996, beliau menyampaikan ribuan ceramah umum diserata dunia. Beliau juga berdebat dan berdialog dengan individu berhubung dengan agama. Contoh dialognya yang terkenal adalah dengan Dr. William Campbell berkaitan tajuk The Quran and the Bible in the light of Science.


DISOAL SIASAT DI LAPANGAN TERBANG :-
Dalam satu insiden dilapangan terbang LOS ANGELES,AMERIKA SYARIKAT selepas kejadian 11 SEPTEMBER, Dr. Zakir ditahan dan disoal siasat oleh pihak keselamatan lapangan terbang sebaik sahaja beliau tiba. Sebagaimana biasa, beliau menjawab setiap soalan pegawai keselamatan itu dengan hujah-hujah daripada Quran,Injil dan kitab-kitab agama yang lain. Selepas satu jam disoal siasat, beliau dibenarkan beredar.
Namun,sebaik sahaja beliau keluar dari bilik soal siasat, berpuluh-puluh anggota keselamatan berkerumun di sekelilingnya bagi menanyakan lebih lanjut mengenai Islam dan juga agama mereka.


SUMBANGAN KEPADA DAKWAH :-
Dr. Zakir adalah pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation ( IRF ) yang ditubuhkan pada FEBRUARI 1991. Ia ditubuhkan bagi menyedarkan dakwah dan membetulkan salah faham
berkenaan Islam dalam kalangan penganut agama lain. Melalui IRF, Dr. Zakir menubuhkan sebuah sekolah Islam Antarabangsa bagi memberi pendidikan yang bersifat lebih holistik kepada kanak-kanak Muslim India. IRF juga mempunyai rangkaian tv sendiri iaitu PEACE TV yang disiarkan secara percuma.

Dr. Zakir juga dijemput ke rancangan-rancangan tv & radio di serata dunia. Beliau menulis banyak buku-buku berkaitan agama & perbandingan agama. Ceramah beliau juga sering diputarkan di Radio Mumbai. Sebagai menyediakan barisan pendakwah muda, beliau juga mengadakan latihan bagi melatih para pendakwah cara-cara menyampaikan dakwah secara berkesan.

Sheikh Ahmad Deedat sendiri mengiktiraf kejayaan Dr. Zakir dengan menyampaikan cenderahati kepada beliau pada MEI 2000. Menurut Ahmad Deedat, kejayaan Dr. Zakir dalam masa 4 tahun sahaja bersamaan dengan dakwahnya selama 40 tahun.

Monday, 3 January 2011

Alhamdulillah...impian suramsepi tercapai...

Salam,selamat petang all blogger,alhamdulillah suramsepi panjatkan kesyukuran keatas ILLAHI coz impian suramsepi dimakbulkan  ALLAH... 

Mesti korang nak tau kenapa suramsepi cakap macam ni kan,yelah mana taknya subjek Al-Firoq suramsepi dapat A tu.

Mesti all blogger pelikkan,apa subjek Al-Firoq ni? Pelik je. Ha,meh suramsepi naK share sikit apa yang dinamakan Al-Firoq,subjek ni adalah satu ilmu tentang fahaman mazhab syiah yang mana fahaman mereka jauh terpesong dari landasan akidah Islam yang sebenar.

Subjek ni memeng BEST coz kita fahami fahaman sesat mereka dan kita mampu untuk memotong hujah-hujah mereka yang sesat tu.

Disamping tu,kita dapat dekatkan diri kita dengan ILLAHI dan mampu mengetahui 
tentang perkara yang HAK mahupun perkata yang BATHIL. 


Ni salah satu gambar pada hari karbala yang disambut Syiah.

Ish..Ish..Ish..sampai macam ni sekali,dahsyatkan.
Korang nilai lah sendiri n kalau rajin surf n cari apa itu syiah.
Baca n fahami betul2.
SuramSepi bukan nak timbulkan KONTRIVERSI erk,hanya sekadar 
kongsi ilmu to all bloggers.

k.cancincau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...