Monday 24 January 2011

kAseh emAk

Orang kata aku lahir dari perut...mak...(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati...... . mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon..... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.....mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam, lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku

Bila sedih, aku cari.....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku (eh tak boleh sambut valentine)

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak
banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

mak pon bukan nye nak sangat duit kau.....
mak cume nak tengok anak mak je.....
mak cume nak pelok je anak mak.....
mak cume nak cium je anak mak....


Berderai air mata jika kita mendengarnya. ..........



Tapi kalau mak sudah tiada...... .....


MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu..

Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday 22 January 2011

TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 2 :- ANTARA TOKOH ULAMA



MOHD IDRIS AL-MARBAWI :-
Mohd Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi atau lebih dikenali dengan panggilan Idris Al-Marbawi,seorang ulama terkenal di Nusantara,Mesir dan Mekah. Beliau terkenal dengan kefahaman dalam ilmu bahasa Arab,Ilmu Hadis,Tafsir dan Fikah.

Mohd Idris dilahirkan pada tahun pada tahun 1893 di Mekah. Keluarganya berpindah dan pulang semula ke Malaysia pada tahun 1913. Pada usianya 10 tahun, beliau berjaya menghafal 17 juzuk Quran dan beberapa buah kitab. Ketajaman fikiran beliau membuktikan beliau tergolong dalam kelompok manusia yang cerdik pandai.


PENDIDIKAN :-
Mohd Idris mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Melayu Lubuk Merbau,Perak. Beliau juga belajar di beberapa buah sekolah pondok seperti Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Ilmu agama yang dipelajarinya itu menjadikan beliau seorang yang faqih dalam ilmu agama.


KERJAYA :-
Selepas Mohd Idris menamatkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok itu, beliau ditawarkan bekerja sebagai guru agama di salah sebuah sekolah agama di Perak. Pada waktu itu juga beliau menikahi dengan gadis pilihannya. Kemudian pada tahun 1924, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Kepandaian beliau terserlah apabila berjaya memperoleh pencapaian tertinggi dari universiti itu.

Semasa berada di Universiti Al-Azhar, Mohd Idris melihat masalah dikalangan pelajar Melayu yang sukar bertutur dan memahami bahasa arab. Beliau mengambil langkah dengan menyusun sebuah kamus Arab-Melayu bersama-sama lima orang rakannya. Namun,pada pertengahan jalan dalam penulisan kamus itu,seorang demi seorang menarik diri.

Penarikan diri oleh rakan-rakannya itu tidak mematahkan semangatnya dalam menerbitkan kamus Arab-Melayu. Berkat kegigihannya,tahun 1927 kamus Arab-Melayu berjaya diterbitkan yang berjudul Qamus Al-Marbawi. Kamus itu mendapat sambutan hangat hingga terbitannya dicetak berpuluh-puluh kali.


SUMBANGAN BIDANG PENULISAN :-
Kejayaannya dalam menghasilkan kamus tersebut adalah batu loncatan bagi dirinya terlibat secara aktif dalam menghasilkan karya-karya ilmiah yang lain. Karya yang memberi sumbangan penting dalam pengajian hadis di Malaysia adalah kitab Bahr Al-Mazi. Kitab ini adalah ringkasan kepada sunan tasawuf,akidah dan muamalat. Kitab ini menggunakan tulisan jawi terbesar dan ia antara kitab terawal diterbitkan dalam kalangan orang Melayu.

Beliau juga menterjemahkan kitab Bulugh Al-Maram. Kitab itu adalah karya asal seorang tokoh hadis yang bernama Ibn Hajar Al-Asqalany. Kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Selain itu,beliau juga terlibat dalam menghasilkan Tafsir Surah Yasin,Tafsir Al-Quran Al-Marbawi,Tafsir Juz Amma,Tafsir Al-Fatihah,Tafsir Al-Quran Nur Al-Yakin,Terjemahan Tafsir Fath Al-Qadir dan penulisan karya yang bertajuk Quran Bergantung Makna.

Beliau juga menulis dalam bidang fiqah,akidah dan falsafah. Antara karya beliau yang terkenal adalah kitab Nizam Al-Hidayah,kitab Pati Hukum-hukum Ibadah,kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang,ensiklopedia Kamus Segala Ilmu,Punca Agama,Perbendaharaan Ilmu dan lain-lain.

Sumbangan besarnya dalam bidang agama dan persuratan Arab-Melayu diiktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dianugerahkan ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980. Kemudian pada 1 Muharam 1408 Hijrah,Syeikh Idris
Al-Marbawi dianugerah gelaran Tokoh Ma'al Hijrah 1408.

Sumbangannya itu menyebabkan namanya dikenang hingga ke hari ini. Nama beliau diabadikan di salah sebuah kolej yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej itu diberi nama Kolej Idris Al-Marbawi. Sekolah pertama tempat beliau belajar dahulu juga mengambil sempena namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

Pada 13 Oktober 1989,Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi meninggal dunia pada umur 96tahun di Hospital Besar Ipoh. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Lubuk Merbau,Perak.

Tuesday 18 January 2011

INFO SOLAT : TAMAKNINAH

Tamakninah setengah daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya,ramai yang xsedar bahawa solatnya tak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG. Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun Solat yang WAJIB Disertakan Tamakninah :
Dibawah adalah senarai rukun solat yang mesti disertai tamakninah & akan batal solat jika xde tamakninah(amik perhatian tau).
1. RUKUK : waktu tulang belakang dah sama rata & kedua belah tangan pegang pada kepala lutut,hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. I'TIDAL(bangun darp rukuk) : pergerakan daripada rukuk menegak & meluruskan semula tulang belakang spt berdiri sebelum ni. Sempurna berdiri sebentar tersebut,itulah kadar tamakninah.

3. SUJUD : waktu semua anggota sujud yang tujuh(2tangan,2lutut,2kaki & 1dahi)cecah ke lantai. Hentikan sebarang pergerakan seketika waktu. Maka tulah kadar tamakninah.

4. DUDUK ANTARA 2 SUJUD : waktu duduk sambil baca doanya,tak harus bagi kita gerakkan anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah :
1. I'TIDAL : terdapat sesetengah orang,apabila bangun dari rukuk kapada i'tidal,belum sempat tulang belakang lurus spt sebelumnya,dia dah turun untuk sujud. Solat jenis nie xsah malah batal kerana xde tamakninah dalam solatnya.

2. SUJUD : waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak & ada yang mengangkatnya(xcecah kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ni xsempurna & xde tamakninah. Maka xsah@batal solatnya.

3. BANGUN DARI SUJUD : waktu bangun dari sujud ke-2,ketika nak berdiri tegak ke rakaat seterusnya,xde tamakninah tetapi kita disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.

sama2 kita manfaatkan ye. selamat beramal. to be continue.

DOA : MUSTAJAB @ TERHIJAB

Bukan senang bagi seorang hamba Allah menggerakkan hati & lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik & hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa,bererti seorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita dah benar-benar berhajat kapada.Nya maka Allah pasti tak akan mengecewakan hajat kita.

Berdoa bukan untuk beritahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun ALLAH SEDIA MENGETAHUINYA. Doa ialah PENGABDIAN daripada seorang hamba kepada TUHANNYA.

HADIS KUDSY

DARIPADA ABU HURAIRAH R.A BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD : " TUHAN KITA TURUN PADA SETIAP MALAM KE LANGIT DUNIA KETIKA TERSISA SEPERTIGA MALAM TERAKHIR & BERFIRMAN : " SESIAPA YANG BERDOA KEPADA-KU MAKA AKU AKAN PENUHINYA. SIAPA YANG MEMOHON KEPADAKU-KU MAKA AKU AKAN PENUHINYA. SESIAPA YANG MEMINTA AMPUN MAKA AKU AKAN MENGAMPUNINYA.

(RIWAYAT BUKHARI no.1094, MUSLIM no.1808, ABU DAWUD no.1327)

Tuesday 11 January 2011

titipAn buAt semuA

Assalamualaikum warga blogger.......

Blog ini adalah laman peribadiku yang akan kuluahkan segala keluh kesahku hanya padaMu ya Allah.......di sinilah tempat “Perjalanan Ubudiyyahku” untuk menuju kepada RabubiyyahMu....... Mungkin tulisan penaku tidak sesedap mata yang memandang, tidak secantik blog yang lain, bukan itu yang di cari tetapi yang dicari hanya medan luahan hati dan jiwa kepada Pemiliknya, yakni Rabbku....... Allah yang mencipta hati-hati dan jiwa-jiwa insan ini lebih mengetahui di mana letaknya tujuan kejadian makhlukNya yang terdiri daripada kepelbagaian di atas alam raya ini..... Hakikatnya manusia masih tercari-cari kehidupan mereka sehingga kebanyakan dari mereka tersasar dari landasan kehambaan. Inilah yang dikatakan manusia yang tidak pernah lekang dari kesilapan atau dosa kepada Tuhannya.......


Diceritakan oleh Al-Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali Rahimahullah taa’la bahawa setiap manusia ini dijadikan daripada tanah yang kering kontang...... Tanah ini sifatnya hina dan darjatnya rendah sehingga najis dan tapak kaki menjadikannya sebagai alas..... Kemudian Allah menjadikan roh dan ditiupkan ke dalam jasadnya tadi, maka hiduplah seorang hamba dengan izinNya..... Roh yang bersifat mulia dan tinggi darjatnya ini adalah pasangan kepada jasad yang hina tadi..... Sebab itulah manusia kadang-kadang terlalu terikut kepada tanah sehingga menjadi hina, dicerca, diejek, dihina, dimarah tidak mengapa kerana kuat sifat tanahnya dalam diri...... Tetapi manusia yang terikut dengan rohnya pantang diejek, dihina atau dicerca sebaliknya, dia akan bangun dan melawan arus itu demi mempertahankan diri dan maruahnya...... Di sini mudahnya ialah bagaimana seseorang manusia ini dilihat dari perwatakan mereka sama ada dirinya itu sabar atau lokek, pemaaf atau bengis, syukur atau kufur dan sebagainya...... Yang penting seharusnya difahami bahawa ada masa kita perlu kepada sifat tanah dan ada masa kita berhajat kepada roh......


Kemudian dijadikan oleh Allah Akal..... Ianya satu organ rahsia yang disembunyikan lokasi khusus dari Allah yang menciptanya. Tujuan tauhidnya ialah supaya manusia itu yakin dengan suatu perkara yang tidak nampak dengan mata kasar yang sangat terbatas ini. Begitulah halnya dengan adanya perkara-perkara yang ghaib yang tidak mampu dilihat dengan mata kepala manusia tetapi pasti kewujudannya itu..... Justeru, akal ini berfungsi membezakan antara baik dan buruk atau sebagai indicator dalam sesuatu tindakan seseorang..... Semua manusia tahu zina itu haram, arak itu haram, judi, pergaulan bebas lelaki perempuan, dedah aurat dan sebagainya adalah haram, namun persoalannya mengapa ianya masih terjadi?Jawapannya ialah Allah mencipta satu lagi organ rahsia yang berlawanan dengan Akal yang positif tadi iaitu organ negatif yang dikenali sebagai Nafsu...... Inilah yang dikatakan keadilan Allah.Jika manusia hanya dibekalkan dengan Akal sahaja manusia tidak akan makan, minum, tidur, kahwin dan sebagainya sepertimana malaikat..... Maka dipasangkan dengan nafsu ianya menjadi stabil jika manusia itu sempurna kedua-duanya..... Jika berat sebelah nafsunya maka manusia akan keterlaluan dalam kehidupan seperti Allah menghalalkan nikah dia masih memilih zina, Allah menghalalkan air dia masih memilih arak, Allah menghalalkan jual beli dia masih memilih riba dan sebagainya......


Mengapa manusia yang tahu halal haram masih memilih yang haram..?? Jawapannya ialah nafsunya yang kuat dari akalnya. Akal kata zina haram tetapi nafsu nak buat juga maka terjadilah zina..... Akal kata mendedahkan aurat itu haram, tetapi nafsu mahu tunjuk juga auratnya maka terjadilah ianya..... Inilah konsep yang mudah sebenarnya untuk difahami dan dihayati kepada segala jenis permasalahan sosial, ekonomi atau apa jua kerosakan dalam kehidupan ini..... Nafsu adalah fitrah, dengannya kita berhajat kepada makan, tidur, intinjak, seks, riadhah dan sebagainya namun bila nafsu yang tidak seimbang dengan akal maka terjadilah daripada makan tadi kepada pembaziran, daripada tidur tadi kepada meninggalkan solat,daripada seks tadi kepada zina, daripada riadhah tadi kepada mendedahkan aurat dan begitulah juga dengan yang lain..... Bila nafsu seimbang dengan akal maka makan kita akan berala kadar. Tidur kita hanya sekadar menghilangkan mengantuk, nikah kahwin kita kerana Allah bukan kerana mahu anak, puaskan batin, layan nafsu dan sebagainya..... Itulah pentingnya kepada keseimbangan akal dan nafsu yang diciptakan oleh Allah ini....


Kemudian peringkat yang terakhir diceritakan oleh Sheikhul Islam ini ialah Allah menciptakan kepada manusia hati yang merupakan organ di dalam tubuh badan manusia..... Hati ini adalah jasmani bentuk hukumnya tetapi rohani pada bentuk tasufnya. Oleh itu jika akal tadi berfungsi sebagai indicator tetapi hati pula adalah decider atau pembuat keputusan sama ada perlu bertindak atau pun tidak..... Maka di hati inilah diciptakan dua makhluk Allah yang maha hebat dan dahsyat iaitu Iman dan Syaitan..... Di hatilah tempat mereka berdua ini akan berlumba-lumba untuk memastikan hati akan mengikut kehendak mereka..... Allah meletakkan kedua-dua ini pada satu titik persamaan iaitu hati di mana tindakan manusia tadi akan bermula daripada keputusan di sini, yakni hati..... Iman yang mantap akan melumpuhkan serangan syaitan tetapi jika iman yang lemah akan dihanyutkan oleh hasutan dan asakan syaitan dengan nafsu akan bertindak tanpa mampu disekat oleh akal tadi kerana iman telahpun lumpuh di pusat kawalan rohani ini...... Jadi jelas bahawa jika seseorang itu tidak solat jawabnya ialah iman di hatinya yang berfungsi untuk mengarahkan akal tadi gagal, tetapi dilumpuhkan oleh syaitan dengan mengarahkan nafsu untuk tidak solat..... Orang yang tidak solat bukan tidak ada iman atau akal tetapi imannya lemah dari syaitan dan begitu juga akalnya gagal befungsi kerana nafsunya lebih kuat......


Jadi ketiga-tiga pasangan ini iaitu roh (jiwa) dan tanah (jasad),akal dan nafsu serta iman dan syaitan tidak boleh dipisahkan kerana ianya suatu ketetapan mutlak pada seseorang manusia yang lemah seperti kita ini.....pusat segala tindakan ini adalah hati,namun bagaimana iman kita mahu mengalahkan syaitan yang laknat ini?jawapannya ialah hati perlu diisi dengan agama.dari agama ini manusia akan lebih tahu tentang apa itu dosa pahala,suyrga neraka,halal haram dan juga salah betul..... jika elemen-elemen ini telahpun diisi dengan baik maka akan hadirlah satu alat yang dikenali sebagai ilmu.alat ini akan membunuh segala sifat-sifat syaitan yang tadi iaitu jahil,sombong,zalim dan sebagainya.....namun alat ini hanya mampu mengetahui akan hukum-hukumnya sahaja seperti zina hukumnya haram dan solat itu wajib tetapi tindakannya belum kuat,ianya hanya mampu menghilangkan kejahilan sahaja dengan tidak mampu kepada penyucian dan pembersihan hati yang banyak syaitan itu.maka di sinilah kita berhajat kepada satu perasaan takut dengan maksiat dan dosa kepada Allah iaitu Taqwa.......


Inilah tahap kesempurnaan insani iaitu manusia akan sepenuhnya mengetepikan syaitan dan nafsu dalam segala aspek kehidupan harian sama ada dalam baik atau buruk.....taqwa ini akan hadir pada hati-hati manusia bilamana alat tadi sentiasa diasah,diguna dan diamalkan selalu.makin kerap diamalkan makin kuatlah taqwa,atau takutnya pada yang Esa.Jelasnya,ilmu yang diamalkan akan hadirlah ketaqwaan pada dirinya kerana ilmu yang berterusan dengan amalan itu adalah proses pencarian Tuhan atau pun Makrifatullah......taqwa inilah sangat penting yang wajib ada pada setiap manusia kerana ianya mampu melenyapkan hasutan syaitan dan kehendak nafsu yang keterlaluan tadi dengan menetapkan iman serta meluruskan kehendak akal kita......Mengapa manusia hari ini masih buat perkara yang dilarang oleh Allah dan meruntuhkan institusi kehidupan?isunya tidak perlu ke peringkat taqwa sebaliknya tanya dahulu ilmu yang merupakan alat tadi sudah ada atau tidak......


Hati yang menjadi pusat kawalan rohani tadi harus dibekalkan dengan ilmu...... Ilmu kepada permasalahan tadi seperti kalau masalah rumahtangga maka perlu kepada ilmu rumahtangga, masalah keruntuhan akhlak maka perlu kepada ilmu akhlak dan hukum. Ini sahaja kuncinya iaitu ilmu-ilmu tertentu harus ada pada masalah-masalah tertentu..... Baru kita tahu cara menghuraikannya...... Namun jika ilmu ini sudah pun ada barulah perlu kepada amalan yang berterusan atau pun istiqamah untuk proses pencarian taqwa tadi..... Bila kita ada taqwa barulah jawapannya semua terjawab iaitu segala apa sahaja kerja buat kita hanya kerana Allah, itu sahaja full stop..... bila kita buat apa sahaja kerana Allah barulah kita tidak menyesal dalam apa jua ujian Allah pada kita sama ada kita miskin, sakit, sedih, sengsara, lapar atau sebagainya kerana ini semua adalah ujian yang telah difahami daripada niat dan tujuan kita tadi..... Tidak perlu menyesal jika diuji dengan 1001 masalah sekali pun kerana yang mendatangkan masalah tadi adalah daripada yang Maha Kuasa, dengan syarat sudah selesai perbahasan tentang ilmu dan amal tadi..... Seterusnya barulah hadir yang dikatakan halawatul iman, iaitu kemanisan atau kesempurnaan iman.....


Ya Allah.....
Sesungguhnya aku meluahkan semua ini kerana aku merasakan diri ini sangat lemah dalam menjalani kehidupan ini...... Ampunilah aku, rahmatilah aku, kuatkanlah aku dan berilah ilmu kepadaku untuk aku menyampaikannya kepada orang lain..... Aku bersyukur kepadaMu setelah sekian lama aku diuji dengan kesedihan, ketakutan, kelemahan dah juga kegelapan, akhirnya Kau memberikanku kegembiraan, keyakinan, kekuatan dan juga cahaya kehidupan.....Nikmat yang Kau beri ini sangat banyak dan tidak terkira ya Allah, Oleh itu tolonglah jadikan aku dikalangan orang-orang yang bersyukur dan takut kepadaMu dengan hari-hari yang bersisa ini cukupkanlah daku dari kekurangan, mudahkan daku dari kesulitan dan berkatilah daku dari penyesalan ini...... Jadikanlah hari-hari akan datang ini dengan ketenangan dengan doaku, yakinku, tawakkalku dan rintihanku padaMu.....
Amin ya rabbal alamin.......

Sunday 9 January 2011

keriNduAn dAlam keriAngaN

bicara rindu lahir dari khalimah syahdu.......
hasil dari keutuhan 2 jiwa.......
antara kau dan aQu........

andai saat ini kau twu......
aQu sedang lihat bintang......
bintang indah untuk Qu titip kan buat yg di rindu.......

salam kerinduan dari tunangan mu........
~~MISS LOVE~~

Saturday 8 January 2011

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 1 :- ANTARA TOKOH INTELEKTUAL




FATHI YAKAN :-
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablus,Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimpin gerakan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falfasah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian pada peringkat sarjananya adalah kejuruteraan.


PENGASAS GERAKAN JEMAAH ISLAM LUBNAN :-
Beliau dan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr. Mustafa As-Siba'ie di Syria pada tahun 1950-an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islamiyyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006, beliau menubuhkan gerakan Islamic Action Front.


PENULISAN :-
Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 35 buah buku. Tulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah APA ERTI MENGANUT ISLAM, GOLONGAN YANG TERCICIR & BAHTERA PENYELAMAT.
Sebagai seorang sarjana, beliau juga banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antarabangsa.


PEGANGAN TERHADAP SISTEM PILIHAN RAYA :-
Pada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam Pilihan Raya Lubnan dan memenangi salah satu kerusi Parliman. Beliau adalah tokoh Muslim yang bersinar dalam senario politik Lubnan sejak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi.

Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku berjudul IHDZARUU AL-AIDS AL-HARAKY. Melalui buku itu, beliau meluahkan pendapatnya mengenai penglibatan jemaah Islam kedalam kencah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam,khususnya di Lubnan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai AIDS HARAKAH.

Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor :-
1. Jemaah yang wujud berdasarkan kekaguman pada seorang pemimpin tertentu.

2. Jemaah mengejar kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti.

3. Jemaah dipengaruhi oleh kepentingan luar seperti politik dan ekonomi.

4. Tergesa-gesa bagi meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya prinsip jemaah.

5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh di kalangan pimpinan atau ahli.

6. Campur tangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alasan bekerjasama dengan jemaah.

7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa.


KEMATIAN YANG DIRATAPI DUNIA :-
Tanggal 13 JUN 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada usia 76 tahun.

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 1 :- ANTARA TOKOH INTELEKTUAL




DR. ZAKIR NAIK :-
Zakir Abdul Karim Naik dilahirkan pada 18 OKTOBER 1965 di Mumbai,India. Beliau seorang doktor perubatan. Beliau juga dikenali sebagai pakar dalam perbandingan agama.

DOKTOR YANG MENJADI PENDAKWAH :-
Dr. Zakir mendapat mendidikan awal di St. Peter's High School,Mumbai. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Mumbai. Namun sejak tahun 1991, beliau mengabdikan diri hidupnya kapada aktiviti dakwah. Beliau menjadikan Ahmad Deedat, seorang sarjana dalam perbandungan agama sebagai inspirasinya dalam bidang dakwah.

Kaedah penyampaian beliau sering menggunakan Quran,hadis dan bukti saintifik serta logik. Malah,beliau mampu memetik isi daripada kitab Injil,Taurat dan Mahabrata. Kaedah penyampaian ceramah beliau sering menggunakan taknologi moden seperti mrdia elektronik dan internet bagi mendapatkan impak yang lebih baik. Dakwah Dr. Zakir ditumpukan pada golongan remaja kerana menurutnya golongan ini merasakan agama islam ketinggalan zaman.

Sejak tahun 1996, beliau menyampaikan ribuan ceramah umum diserata dunia. Beliau juga berdebat dan berdialog dengan individu berhubung dengan agama. Contoh dialognya yang terkenal adalah dengan Dr. William Campbell berkaitan tajuk The Quran and the Bible in the light of Science.


DISOAL SIASAT DI LAPANGAN TERBANG :-
Dalam satu insiden dilapangan terbang LOS ANGELES,AMERIKA SYARIKAT selepas kejadian 11 SEPTEMBER, Dr. Zakir ditahan dan disoal siasat oleh pihak keselamatan lapangan terbang sebaik sahaja beliau tiba. Sebagaimana biasa, beliau menjawab setiap soalan pegawai keselamatan itu dengan hujah-hujah daripada Quran,Injil dan kitab-kitab agama yang lain. Selepas satu jam disoal siasat, beliau dibenarkan beredar.
Namun,sebaik sahaja beliau keluar dari bilik soal siasat, berpuluh-puluh anggota keselamatan berkerumun di sekelilingnya bagi menanyakan lebih lanjut mengenai Islam dan juga agama mereka.


SUMBANGAN KEPADA DAKWAH :-
Dr. Zakir adalah pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation ( IRF ) yang ditubuhkan pada FEBRUARI 1991. Ia ditubuhkan bagi menyedarkan dakwah dan membetulkan salah faham
berkenaan Islam dalam kalangan penganut agama lain. Melalui IRF, Dr. Zakir menubuhkan sebuah sekolah Islam Antarabangsa bagi memberi pendidikan yang bersifat lebih holistik kepada kanak-kanak Muslim India. IRF juga mempunyai rangkaian tv sendiri iaitu PEACE TV yang disiarkan secara percuma.

Dr. Zakir juga dijemput ke rancangan-rancangan tv & radio di serata dunia. Beliau menulis banyak buku-buku berkaitan agama & perbandingan agama. Ceramah beliau juga sering diputarkan di Radio Mumbai. Sebagai menyediakan barisan pendakwah muda, beliau juga mengadakan latihan bagi melatih para pendakwah cara-cara menyampaikan dakwah secara berkesan.

Sheikh Ahmad Deedat sendiri mengiktiraf kejayaan Dr. Zakir dengan menyampaikan cenderahati kepada beliau pada MEI 2000. Menurut Ahmad Deedat, kejayaan Dr. Zakir dalam masa 4 tahun sahaja bersamaan dengan dakwahnya selama 40 tahun.

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA

TENTU ANDA INGIN TAHU :
*MERAKA ADALAH PEJUANG,MUJAHID,ULAMA' DAN TOKOH INTELEKTUAL TERBILANG. PENCETUS PERUBAHAN DEMI KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM.
*SEJARAH HIDUP MEREKA,BERMULA DARI WAKTU KECIL HINGGA MENINGKAT DEWASA.
*SUMBANGAN MEREKA DALAM BIDANG MASING-MASING, HINGGA MENJADI RUJUKAN MASYARAKAT ZAMAN BERZAMAN.
*PENGALAMAN MEREKA MENITI LIKU-LIKU PERJUANGAN DALAMMEMPERJUANGKAN IDEALISME DAN MEMPERTAHANKAN KEBENARAN.
*KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN MEREKA, HINGGA MELAYAKKAN DIRI MEREKA DIANGKAT SEBAGAI IKON UMAT ISLAM ZAMAN INI.

#KEHADIRAN MEREKA DALAM SEJARAH DUNIA BUKAN KEHADIRAN "BIASA-BIASA".

#KEHADIRAN MEREKA MENGUBAH DUNIA, MENGEMBALIKAN SINAR HARAPAN UMAT, BAGI MENYAKSIKAN UMAT ISLAM KEMBALI DIHORMATTI, DIMARTABATKAN KHAIRA UMMAH YANG DIIDAM-IDAMKAN.

#SUNBANGAN DAN PENGORBANAN MEREKA MEWAKILI TAWA DAN RINTIHAN UMAT, SEPERTIMANA KEHILANGAN MEREKA JUGA MENINGGALKAN BEKAS YANG MENDALAM DALAM SANUBARI UMAT.

#MEREKA ADALAH PERMATA YANG MENYINARI SEPANJANG ZAMAN,MENYULUH JALAN GENERASI HADAPAN KEMBALI KE PANGKUAN TUHAN, MENUJU KE ALAM AKHIRAT YANG DIJANJIKAN



Friday 7 January 2011

Semakin Pulih...

SALAM...Selamat Hari Jumaat semua...Moga semua sihat2 blaka noh...SURAMSEPI nak istiharkan bahawa kesihatan SURAMSEPI dah makin pulih,syukur alhamdulillah..tapi nose water ni xb'henti mengalir lagi,rimas gila,btw kena trima dengan seadanya,coz ada hikmah MAHA ESA bagi demam kat SURAMSEPI ni..




Thursday 6 January 2011

Apabila Diri Dilanda Musibah...

Salam semua n selamat petang...Apa kabar semua? Chat? Minta2 semua chat la noh,,maaf to all bloggers coz xmasukkan new entrySURAMSEPI demam nie,kepala berat sangat n xtau nak masukkan entry apa(pale xb'fungsi dengan baik)...Korang semua doakan la kesihatan tuk SURAMSEPI erk...

Insyallah SURAMSEPI pun akan doakan to all bloggers,moga diri anda sentiasa dalam Rahmat n Perlindungannya...

Sebelum tu,SURAMSEPI nak share skit kat korang mcm mne nak protect dr DEMAM nie...
1) Rajin mandi (1 hari 3x).
2) Minum air masak (1 hari = 2 botol air 1.5L).
3) Elak terdedah dari cuaca yang Panas @ Dingin.
4) Banyakkan makanan yang berPROTEIN = ikan je yang SURAMSEPI amalkan.
5) Sayur juga jangan lupa makan erk.
6) Paling penting slalu lah doa kat MAHA ESA supaya diberi keihatan yang baik, coz kita
merancang tapi dia yang tentukan.

Ok lah,takat nie je yang mampu SURAMSEPI share dgn korang semua.K,CANCINCAU.

Wednesday 5 January 2011

MALAYSIA OH TANAH AIRKU...

WAJARKAH KHAIRUL FAHMI MENINGGALKAN KELANTAN UNTUK MENYERTAI MANCHESTER UNITED?













JIKALAU KHAIRUL FAHMI BERTEKAD UNTUK PERGI KESANA(KALAU DAH COMFORM)BAGAIMANA PULA DENGAN NASIB KELANTAN?

Kepala Baru SURAMSEPI!!!!

Salam sejahtera all bloggers n followers...
Selamat pagi...
Hari nie SURAMSEPI nak bgtau yang SURAMSEPI 
ada kepala baru tau...
Warna PINK lagi tu....
Relax,korang semua jangan panix,kepala baru yang SURAMSEPI maksudkan kat sini 
HELMET BARU SURAMSEPI la.







Alhamdulliah akhirnya,tercapai juga impian SURAMSEPI 
memiliki KEPALA BARU @ HELMET LASER CLASSIC
yang berharga RM68 
( sekali dengan bizer BOGO 1 SET ).

Natijahnya...
bagi korang ADAKAH menatang nie IANYA CANTIK @ SEBALIKNYA.
SILALAH KOMEN ERK...
HEE..CANCINCAU...

Tuesday 4 January 2011

ICT

Salam kembali...
Malam ni SURAMSEPI bowink yar,xtau nak buat apa.
Coz semua kerja dah sattle.
Tinggal nak tidor n bagun esok pagi siap2 pegi kelas.
Sebelum tu SURAMSEPI nak share sikit dengan all bloggers about 
ICT.
















 Ni Tuah Ariffin,anak sedara SURAMSEPI.
 Abg sulong SURAMSEPI.Macho x?
 Ni akak manja SURAMSEPI.
Ni pulak,anak sedara SURAMSEPI abg kepada tuah ariffin
MUHAMMAD RASUL. 

Monday 3 January 2011

Alhamdulillah...impian suramsepi tercapai...

Salam,selamat petang all blogger,alhamdulillah suramsepi panjatkan kesyukuran keatas ILLAHI coz impian suramsepi dimakbulkan  ALLAH... 

Mesti korang nak tau kenapa suramsepi cakap macam ni kan,yelah mana taknya subjek Al-Firoq suramsepi dapat A tu.

Mesti all blogger pelikkan,apa subjek Al-Firoq ni? Pelik je. Ha,meh suramsepi naK share sikit apa yang dinamakan Al-Firoq,subjek ni adalah satu ilmu tentang fahaman mazhab syiah yang mana fahaman mereka jauh terpesong dari landasan akidah Islam yang sebenar.

Subjek ni memeng BEST coz kita fahami fahaman sesat mereka dan kita mampu untuk memotong hujah-hujah mereka yang sesat tu.

Disamping tu,kita dapat dekatkan diri kita dengan ILLAHI dan mampu mengetahui 
tentang perkara yang HAK mahupun perkata yang BATHIL. 


Ni salah satu gambar pada hari karbala yang disambut Syiah.

Ish..Ish..Ish..sampai macam ni sekali,dahsyatkan.
Korang nilai lah sendiri n kalau rajin surf n cari apa itu syiah.
Baca n fahami betul2.
SuramSepi bukan nak timbulkan KONTRIVERSI erk,hanya sekadar 
kongsi ilmu to all bloggers.

k.cancincau...

Sunday 2 January 2011

menghitung hari...weeeeeeeee

salam....slamat petang semua...wah da puas suramsepi rest,so petang yang hening ni suramsepi nak share dengan korang semua...masuk hari ni,suramsepi & frenz sedang menghitung hari,wah dengar macam gempak je kan,mana tak gempak hati ngah berdebar tunggu RESULT EXAM 4 SEM5. All bloggers doakan surasepi moga dapat kekalkan reputasi RESULT sepertimana sem-sem lepas...k cancincau...wassalam...

Picture Trip to Ulu Legong







trip to ulu legong,baling...

Salam,,,,ape kabar semua? selamat pagi... suramsepi macam xcaya yar,dalam keadaan badan yang lesu, mata yang sebam ni nak juga share dengan kengkawan semua,suramsepi baru balik tripping ni,ala dekat je lokasi yang suram sepi pegi,lokasinya ulu legong,baling,kedah,,,ala kolam air panas tu...perjalanan suramsepi(alor setar) kesana(ulu legong) amik masa 2jam30minit yar,memang syok la kat sana,orang sentiasa full beb,tak kira musim cuti atau sebaliknya(servey mak cik goreng pisang) n kengkawan kalau nak pegi sana jangan risau yar coz waktu operasi kolam air panas tu 24jam,jadi kengkawan xpayah nak teragak2 nak pegi waktu bila...tempat pun selesa...kalau nak story kat sini memang panjang jelar yar,ape2 pun suramsepi syorkan kat kengkawan blogger datanglah kolam air panas nie,yang mana tak penah jejak bumi kedah nie,jengok2 lah, tengok n nikmati keindahan alam ciptaan maha esa kita,apa pepatah malayu kata,JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN,ok lah,suramsepi nak minta izin dulu,nak tunaikan kewajipan n rehat...k kengkawan ada masa masuklah entry n comment la suramsepi ye...k daaaaaaaaaa,,,, cancincau...(picture trip coming soon)...

Saturday 1 January 2011

Sekapur Sireh wal Muqaddimah....

Salam skali lagi...wah baru je 1st time berblog da sakan nak masukkan entry,,sabar2 la bro,,relax2 dulu... ahhhhhh whatever,,yang penting sekarang arena blog akan aku jadikan perkara rutin harian aku tuk meluahkan segala apa yg ada dalam benak hati n kepala ni... insyallah malam aku harap aku nak jd sorang blogger yang disegani dalam tanah air ni,ceeeeeewahhh...pape pun aku doa moga aku dapat berterusan dalam arena ni n korang yang baca entry aku,doakan la tuk kejayaan sahabat-mu ni.... jom kuar makan.perut da berkeroncong nie...k jumpa lagi yar...cancincau...

Hari Pertamaku,,,1/1/11....

salam...aku xtau nak ckap apa,but ni 1st time aku jejak kaki dalam dunia blogger...aku sendiri xtau macam mana aku boleh ada rasa keinginan nak wat blog ni...maybe aku tertarik after aku terjah masuk beberapa blogger...memang cantikkkkkkk gilerrrrr yarrrrrr(jangan puji lebih2 bro nanti dyeorang kembang mawar,,,huhuhu)....tp aku tabik spring yar macam blogger ailyl rozanna,arifshah,liyana lunia n banyak lagi.. coz korang da master dalam arena blogger...apa-apa pun aku budak yang setahun jagung ni nak amik pengalaman dr korang...aku harap korang bolah la jengok2 entry aku,komen ke,pape jela,n mana yang kurang tu bantula aku noh....ok cancincau....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...