Saturday 8 January 2011

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 1 :- ANTARA TOKOH INTELEKTUAL




FATHI YAKAN :-
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablus,Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimpin gerakan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falfasah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian pada peringkat sarjananya adalah kejuruteraan.


PENGASAS GERAKAN JEMAAH ISLAM LUBNAN :-
Beliau dan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr. Mustafa As-Siba'ie di Syria pada tahun 1950-an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islamiyyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006, beliau menubuhkan gerakan Islamic Action Front.


PENULISAN :-
Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 35 buah buku. Tulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah APA ERTI MENGANUT ISLAM, GOLONGAN YANG TERCICIR & BAHTERA PENYELAMAT.
Sebagai seorang sarjana, beliau juga banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antarabangsa.


PEGANGAN TERHADAP SISTEM PILIHAN RAYA :-
Pada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam Pilihan Raya Lubnan dan memenangi salah satu kerusi Parliman. Beliau adalah tokoh Muslim yang bersinar dalam senario politik Lubnan sejak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi.

Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku berjudul IHDZARUU AL-AIDS AL-HARAKY. Melalui buku itu, beliau meluahkan pendapatnya mengenai penglibatan jemaah Islam kedalam kencah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam,khususnya di Lubnan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai AIDS HARAKAH.

Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor :-
1. Jemaah yang wujud berdasarkan kekaguman pada seorang pemimpin tertentu.

2. Jemaah mengejar kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti.

3. Jemaah dipengaruhi oleh kepentingan luar seperti politik dan ekonomi.

4. Tergesa-gesa bagi meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya prinsip jemaah.

5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh di kalangan pimpinan atau ahli.

6. Campur tangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alasan bekerjasama dengan jemaah.

7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa.


KEMATIAN YANG DIRATAPI DUNIA :-
Tanggal 13 JUN 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada usia 76 tahun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...