Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, 4 March 2011

Perspektif Islam Tentang Bayi Tabung Uji.

Salam,,,pg buta nie suram nk share skit dgn korang smua tntg tajuk kt ats nie...tjuk pe kwan2? ape dye? kurang PENDENGARAN r....haaaa,,,pndi....skrg ni let's our discuss,,,perspektif islam tentang bayi tabung uji... bg korang r kan,ble ckp psl bayi tabung uji,ape yg korang bayangkan? mesti mcm2 yg korang fikirkan... btol x? 

Persoalan p'tama yg bermain di fikiran KORANG.... 

1.APA BAYI TABUNG UJI TU ERK? 
Bayi tabung uji ni persenyawaan anak bukan dengan cara yang normal,senang kata "JIMAK"(maaf erk,sekadar ilmu semata2) @ lebih senang utk korang faham proses utk dapatkan anak dengan cara TABUNG UJI yang mana di ambil NUTFAH(mani L) + BAIDAH(ovum P) disenyawakan diluar rahim si ISTRI...So,jd la bayi tabung uji....

2.BOLEH KE WAT CARA (BAYI TABUNG UJI) NIE? APA HUKUM BUAT BAYI TABUNG UJI NIE?
Dalam hal ni,dibolehkan syarak tp kena ikut garis panduan yg dah ditetapkan ULAMA DUNIA...masa dulu, masalah bayi tabung uji ni mana ada lagi, muncul masalah nie lepas REVOLUSI PERUBATAN MODEN.

So, ulama memBOLEHkan utk wat cara nie bagi sesiapa yg ada masalah tuk dptkn anak dgn cara normal atau pasangan suami istri yg MANDUL SHJ K...(pesan : yg xmandul tu jgn gatei2 nak try erk)

Hukum bg laksanakan BAYI TABUNG UJI nie,ada 7, yg mana 5 drpd-nya HARAM SYAR'IE dan 2 LAGI  DIBOLEHKAN  : 
   HARAM SYAR'IE : 
   1-Ambil nutfah(mani SUAMI) + baidah(ovum P LAIN YG BUKAN ISTRINYA)
      pastu ditanam dlm rahim istri-nya.

   2-Ambil nutfah(mani L LAIN YG BUKAN SUAMI DIA) + baidah(ovum ISTRI) 
      pastu ditanam dlm rahim istri-nya.

   3-Persenyawaan Di Luar, yg mana ambil nutfah(mani SUAMI) + baidah
      (ovum ISTRI), kemudian ditanam pada PEREMPUAN LAIN, kes ni 
      dinamakan IBU TUMPANG.

   4-Persenyawaan Di Luar, yang mana ambil nutfah(mani L LAIN) + 
      baidah(ovum P LAIN), kemudian ditanam pada rahim ISTRI-NYA.

   5-Persenyawaan Di Luar, Si Suami kahwin 2, istri PERTAMA xboleh hamil n 
      istri KEDUA boleh hamil. Jadi Si Suami ambil nutfah dia + baidah istri  
      PERTAMA, pastu ditanam kat rahim istri KEDUA. 

Korang kena baca bebaik noh, slap baca maka silap r kefahaman korang, klau xfaham blh tanya suram( comment ).

    DIBOLEHKAN BAYI TABUNG UJI :
    1-Bagi yang mandul je boleh wat cara nie, caranya amik air mani Si Suami + 
       ovum Si Istri, disenyawakan di luar dulu, pastu baru tanam semula ke    
       dalam badan @ rahim istri dia. 
       
    2-Amik terus air mani Si Suami, pastu terus tuhkan(tanam @ injection) ke 
       rahim Si Istri-Nya.

So, demikian la 7 hukum pelaksanaan BAYI TABUNG UJI NIE noh... Ni la serba sdikit ilmu yang dapat suram share dgn korang semua. Pape pun bagi korang yg musykil blh tanya suram, insyaallah bi iznillah suram akan try terang kt korang bg faham n suram nak nasihatkan dlm hal agama klau xtau jgn segan nak tny k coz bnyk faedah tanya bab2 agama n hukum nie... k,cancincau... wassalam semua...



Wednesday, 2 March 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW
(Disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)
Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'"




Friday, 18 February 2011

Sudahkah kita Menyayangi Rasulullah S.A.W?



Jom sama2 kita hayati hadis ni,
suramsepi mulakan bicara dengan Bismillahirrahmannirrahim...
Dalam sebuah riwayat hadis,dikisahkan :
Ketika tu,nabi Muhammad S.A.W tengah duduk berkumpul bersama sahabat2nya, diantara sahabat yang ada ketika tu adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan yg lainnya, lalu baginda bertanya kpd semua sahabatnya :"Wahai sahabatku, tahukah kamu semua, siapakah hamba Allah S.W.T yg paling MULIA disisinya? Para sahabat terdiam seketika, lalu ada salah seorang sahabat berkata, para malaikat Ya Rasulullah, merekalah yang mulia. Baginda berkata, Ya. Para malaikat tu memang mulia kerana mereka dekat dengan Allah S.W.T dan mereka sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T, tapi bukan itu yang AKU maksudkan. Lalu kemudian para sahabat diam lagi, lalu seorang sahabat berkata, Ya Rasulullah tentulah para nabi, merekalah yang mulia tu. Nabi Muhammad S.A.W tersenyum, baginda berkata, Ya para nabi tu mulia kerana mereka utusan Allah S.W.T dimuka bumi, bagaimana mungkin mereka tak mulia, mereka mulia tp ada lagi yang lebih mulia. Para sahabat terdiam dan tertanya2 siapa lagi orang mulia yang dimaksudkan baginda, lepas tu salah sorang sahabat berkata, Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu, adakah kami mulia yang engkau maksudkan tu? Lalu, baginda memandang satu persatu wajah sahabat yang berada di depannya, baginda berkata tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku dan kalian juga membantu perjuanganku mana mungkin kalian tak mulia, tentulah kalian mulia. Tapi ada yang lebih mulia dari tu.

Semua sahabat terdiam bila dengar baginda kata macam tu kerana mereka tak mampu nak kata pape lagi, lalu kita bayangkan, tiba2 baginda Nabi Muhammad S.A.W menundukkan kepalanya dan kita bayangkan Nabi Muhammad S.A.W menangis di depan semua sahabatnya, lalu para sahabat pun tanya pada rasulullah, kenapa engkau menangis ya rasulullah? Kemudian baginda mengangkat wajahnya sambil bercucuran airmata baginda melinang ke pipi dan janggut baginda, lalu baginda berkata Wahai sahabatku tahukah kalian siapakah yang paling mulia aku maksudkan tu? Mereka adalah manusia2 yang yang lahir jauh selepas kewafatanku, mereka sangat mencintai Allah S.W.T & tahukah kalian, mereka tak pernah memandang & tak pernah melihat wajahku, mereka hidup tak dekat seperti kalian mendekatiku, tp mereka sangat2 merinduiku, dan saksikanlah semua sahabatku sesungguhnya aku pun rindu sangat pada mereka, sesungguhnya mereka adalah mulia, mereka tu la UMATKU.

Kita bayangkan, ketika tu baginda menangis, sampai sahabat yang ada didepan baginda turut menangis bersama baginda S.A.W.

Cuba kita imbas balik, spa yang Nabi Muhammad RINDU? Pada Spa yg slalu baginda DOAKAN stiap waktu? Demi ALLAH, sekarang ce kte tny dri kita, tundukkn kpala, pejamkan mata & tny hati kte sdlm2nya. Sudahkah kte mencinta baginda Nabi Muhammad S.A.W yg slalu mencintai kte? Tolong bayangkan spe ikon kte slama ni? Spe idola yg kte puja slama ni? Ce kte sme2 tengok anak generasi moden sekarang yang dah lupakan baginda S.A.W, mereka lalai pd baginda, mereka xde lagi rasa cinta pd baginda Nabi Muhammad S.A.W, sedangkan mereka megah bangga dgn ikon artis2 mereka, mereka bangga dengan pemain bola sepak yg mereka banggakn.

Ce kte muhasabah balik, dah brape lama kita lalai hidup kat dunia? Mcm mna dengan generasi anak muda-mudi kte? Sudahkah kte mencintai Baginda Nabi Muhammad S.A.W? Sudah adakah airmata yang gugur kerana cinta kita pd Baginda S.A.W? Dah brape lama kita hidup kt dunia ni? Dah brape bnyk kelekaan kte dlm hidup ni? Dah brape lama kte lupakan Baginda?

Jadi pg hening nie, dgn kesemptan yg ad, suramsepi ajak smua bloggers spy sme2 kte b'ingat dgn soalan kat ats td tu, bkn pe suramsepi nak share hari akhirat t kte smua akn dihimpunkn & b'kumpul kt PADANG MAHSYAR b'sama BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W.  

Wednesday, 16 February 2011

Pesanan Rasulullah S.A.W Buat Kuam Wanita


Salam...suramsepi nak share dgn all bloggers,TERUTAMA yg nak suramsepi tekankan kat KAUM HAWA @ WANITA... So,bagi KAUM HAWA @ WANITA kat luar cna tu...pakat2 baca entry suramsepi yg xbrape nie...

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Akhir kata,suramsepi ampun maaf klau entry ni xbrape nak sng kn hati KAUM WANITA @ HAWA kat luar cna...tp ni la hakikatnya,apa yg dinasihatkan oleh junjungan kte mkin ditinggalkan...

KOLEKSI HADITH RASULULLAH S.A.W.


MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:

"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

Monday, 14 February 2011

SOLAT JAMAK DAN QASAR



Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.


SOLAT QASAR

Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.


SOLAT JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

Solat Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...