Thursday 26 May 2011

Pinangan

Soalan :
Jika sorang lelaki menyatakan hasrat kepada sorang pempuan tuk dijadikan calon isteri, dan perempuan itu bersetuju? Adakah ia dikira bertunang? Walaupun ibu bapa perempuan berkenaan belum mengetahui akan pihak lelaki ( belum kenal bakal menantunya ).

Jawapan :
Maksud Meminang :
1.       Meminang dalam islam @ dalam hukum Fiqh :- Pihak lelaki menyatakan hasrat tuk berkahwin dengan sorang perempuan, maka itulah maksud meminang dalam Islam.
Bila pihak perempuan manjawab setuju, maka perempuan tersebut telah menjadi tunang kepada si lelaki tersebut.

Contoh tuk nak menampakkan situasi ni :
Lelaki : I nak jadikan U sebagai WIFE I la.
Perempuan : I redhalah,setujulah dan terimalah tuk menjadi WIFE U.

Perempuan diatas dah setuju dan terima nak jadi isteri kapada lelaki tersebut, maka hukumnya mereka berdua telah menjadi tunangan. Samada lafaz tu melalui handphone,surat,email, maka hukum dalam islam telah sah menjadi tunangan. Dengan itu,haram bagi sesiapa yang ingin masuk meminang perempuan tersebut (haram bagi yang dah tau perempuan tu dah jadi tunang orang,yg xtau sebaliknya, tp dinasihatkan xpayah la kacau perempuan tu kalau perempuan tu xnak kat korang).
Tabiat orang melayu ni lain pulak jenisnya, orang melayu kalau meminang kena datang rombongan, bawa bekas macam2 sampai xcukup tangan dibuatnya. Sebelum tu kena ingat, yang style orang melayu dok slalu buat tu adat semata2 bukan hukum. Ye, adat ni perlu dijalankan juga coz ia satu pengishtiharan nak inform kat orang kampung yang pasangan tersebut telah menjadi sepasang tunangan secara sah.
Cuma yang nak disampaikan kat sini, contoh apa yang lelaki tu buat adalah bersumberkan dalam hukum islam. Hukum adat nanti, sebab kita kena pakai hukum islam dulu, baru kita pakai hukum adat ni.

PERSOALANNYA
SEMASA LELAKI TU BAGITAU YANG DIA NAK MEMINANG PEREMPUAN TU, SI PEREMPUAN CAKAP SETUJU NAK JADI TUNANG LELAKI TU, MASALAH KAT SINI WALI @ WAKIL PEREMPUAN XDE BERSAMA PEREMPUAN KETIKA LELAKI TERSEBUT  BAGITAU HASRAT DIA NAK MEMINANG AKAN PEREMPUAN TU. ADAKAH SAH PINANGAN LELAKI TU?  JAWABNYA SAH.

@

PIHAK IBU BAPA KEPADA PEREMPUAN TU XDE SEMASA PEREMPUAN TU JAWAB SETUJU NAK JADI TUNANG, MAKA SECARA SAH JADI JUGA PEREMPUAN TU TUNANG KEPADA SI LELAKI TADI.

Persoalan tadi boleh kita rujuk pada pendapat Ulama’ , dalam hal ni ulama tetapkan 2 pendekatan :

Pendekatan pertama :- Jika perempuan ni jenis @ type orang yang PERSETUJUANNYA tu SAH pada SYARAK, maka ia menjadi tunangan orang.
Ciri2 perempuan yang keizinannya sah pada syarak :
·       *  Perempuan yang waras fikirannya.
·       *  Perempuan tu dah sampai umur aqil baligh.
·       *  Perempuan yang cerdik.
·       *  Perempaun yang boleh bawa dirinya.
Jadi jika si perempuan tu ada ciri2 kat atas ni, maka persetujuannya itu sah dan diterima syarak.

Pendekatan kedua :- Jika perempuan ni jenis @ type yang PERSETUJUANNYA tu TIDAK SAH pada SYARAK, maka ia tidak akan menjadi tunangan orang. Dalam hal ni, si perempuan berhajat pada wali, jika wali setuju maka si perempuan tu barulah jadi tunang orang.
Ciri2 perempuan yang keizinannya tak sah di sisi syarak :
·       *  Perempuan yang belum sampai umur aqil baligh. Cnth : perempuan yg baru umur 8-9 tahun. Maka yang             mengesahkan @ yang boleh terima pinangannya adalah wali sahaja.
·       *  Perempuan yang berpenyakit.
·       *  Perempuan yang ada masalah mental.
Semua ni adalah syarat yang mana salah satu tanggungjawab wali tuk jawab samada terima @ tidak suatu pinangan keatas anak perempuannya tu.

Ada ke orang nak pada perempuan jenis kat atas ni?
Tak mustahil xde, kalaulah yang nak tu pun sama type dengan perempuan tu. Maka hukum penetapan tunang akan sah jika dapat persetujuan dari ahli keluarga pihak perempuan dulu. Baru ia akan jadi tunang yang sah.  


2 comments:

Nurul EL-Huda said...

kita dah tunang.....

jgn nak ramas kita dari 'abg' kita auw....
d0ce...!!
hikhik,
c(:

Nurul EL-Huda said...

*rampas....
hikhik....

huruf2 selalu memalu kan haku taw....
c(:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...