Saturday 8 January 2011

50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA : PART 1 :- ANTARA TOKOH INTELEKTUAL




DR. ZAKIR NAIK :-
Zakir Abdul Karim Naik dilahirkan pada 18 OKTOBER 1965 di Mumbai,India. Beliau seorang doktor perubatan. Beliau juga dikenali sebagai pakar dalam perbandingan agama.

DOKTOR YANG MENJADI PENDAKWAH :-
Dr. Zakir mendapat mendidikan awal di St. Peter's High School,Mumbai. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Mumbai. Namun sejak tahun 1991, beliau mengabdikan diri hidupnya kapada aktiviti dakwah. Beliau menjadikan Ahmad Deedat, seorang sarjana dalam perbandungan agama sebagai inspirasinya dalam bidang dakwah.

Kaedah penyampaian beliau sering menggunakan Quran,hadis dan bukti saintifik serta logik. Malah,beliau mampu memetik isi daripada kitab Injil,Taurat dan Mahabrata. Kaedah penyampaian ceramah beliau sering menggunakan taknologi moden seperti mrdia elektronik dan internet bagi mendapatkan impak yang lebih baik. Dakwah Dr. Zakir ditumpukan pada golongan remaja kerana menurutnya golongan ini merasakan agama islam ketinggalan zaman.

Sejak tahun 1996, beliau menyampaikan ribuan ceramah umum diserata dunia. Beliau juga berdebat dan berdialog dengan individu berhubung dengan agama. Contoh dialognya yang terkenal adalah dengan Dr. William Campbell berkaitan tajuk The Quran and the Bible in the light of Science.


DISOAL SIASAT DI LAPANGAN TERBANG :-
Dalam satu insiden dilapangan terbang LOS ANGELES,AMERIKA SYARIKAT selepas kejadian 11 SEPTEMBER, Dr. Zakir ditahan dan disoal siasat oleh pihak keselamatan lapangan terbang sebaik sahaja beliau tiba. Sebagaimana biasa, beliau menjawab setiap soalan pegawai keselamatan itu dengan hujah-hujah daripada Quran,Injil dan kitab-kitab agama yang lain. Selepas satu jam disoal siasat, beliau dibenarkan beredar.
Namun,sebaik sahaja beliau keluar dari bilik soal siasat, berpuluh-puluh anggota keselamatan berkerumun di sekelilingnya bagi menanyakan lebih lanjut mengenai Islam dan juga agama mereka.


SUMBANGAN KEPADA DAKWAH :-
Dr. Zakir adalah pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation ( IRF ) yang ditubuhkan pada FEBRUARI 1991. Ia ditubuhkan bagi menyedarkan dakwah dan membetulkan salah faham
berkenaan Islam dalam kalangan penganut agama lain. Melalui IRF, Dr. Zakir menubuhkan sebuah sekolah Islam Antarabangsa bagi memberi pendidikan yang bersifat lebih holistik kepada kanak-kanak Muslim India. IRF juga mempunyai rangkaian tv sendiri iaitu PEACE TV yang disiarkan secara percuma.

Dr. Zakir juga dijemput ke rancangan-rancangan tv & radio di serata dunia. Beliau menulis banyak buku-buku berkaitan agama & perbandingan agama. Ceramah beliau juga sering diputarkan di Radio Mumbai. Sebagai menyediakan barisan pendakwah muda, beliau juga mengadakan latihan bagi melatih para pendakwah cara-cara menyampaikan dakwah secara berkesan.

Sheikh Ahmad Deedat sendiri mengiktiraf kejayaan Dr. Zakir dengan menyampaikan cenderahati kepada beliau pada MEI 2000. Menurut Ahmad Deedat, kejayaan Dr. Zakir dalam masa 4 tahun sahaja bersamaan dengan dakwahnya selama 40 tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...