Showing posts with label Global.Revolusi.. Show all posts
Showing posts with label Global.Revolusi.. Show all posts

Monday, 7 February 2011

Ikhwan, kerajaan berunding

Seorang wanita memegang poster menunjukkan lukisan kasut pada muka Hosni Mubarak ketika menunjuk perasaan di Paris.    


                                                    
KAHERAH: Rejim Presiden Hosni Mubarak semalam mengadakan rundingan bersejarah dengan kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin serta penunjuk perasaan yang menawan medan utama di bandar raya ini.
Sementara itu, tentera Mesir meningkatkan tekanan terhadap penunjuk perasaan yang menduduki Medan Tahrir dengan mengetatkan lagi kepungan di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan yang tidak mempedulikan perkembangan itu, mengadakan upacara keagamaan di medan berkenaan, pusat dan simbol revolusi terhadap kerajaan, bagi memperingati 300 orang yang terbunuh sejak tunjuk perasaan menentang Presiden Hosni Mubarak bermula.
Ikhwanul Muslimin, sebuah pergerakan Islam yang tersusun, sudah sekian lama diharamkan daripada politik Mesir.

Rejim Hosni terpaksa mempelawa musuh ketatnya itu untuk berunding, satu petanda peningkatan kekuatan kumpulan pembangkang.

“Kami akan menyertai rundingan hari ini,” kata pegawai Ikhwan, Essam el-Erian.

Agensi berita Mesir, MENA, mengesahkan rundingan bermula semalam.

Selain Ikhwan, parti Wafd, Taggamu, parti berhaluan kiri dan anggota jawatankuasa yang dipilih oleh golongan muda yang menguasai medan berkenaan, menyertai rundingan itu.



“Mereka bertafakur selama seminit sebelum berunding sebagai memperingati mangsa yang terkorban dalam tunjuk perasaan,” lapor Mena.

Essam sebelum ini memberi amaran: “Kami dijemput. Kami akan menyertainya. Tetapi penyertaan kami bersyarat, golongan muda perlu diwakili. “Jika tuntutan itu tidak dipenuhi kami berhak untuk mengkaji semula pendirian kami.” Ikhwan secara rasminya diharamkan di Mesir tetapi rangkaian khidmat sosialnya dibenarkan dan menjadi asas kepada pergerakan pembangkang. Ia juga meletakkan pengikutnya sebagai calon bebas dalam pilihan raya Parlimen.


Sementara itu, beberapa pemerhati Barat menyuarakan kebimbangan Ikhwan akan menguasai Mesir dan membentuk sebuah kerajaan Islam dan kemungkinan memutuskan hubungan rapat Mesir dengan Washington. - AFP


Israel cemas pantau perkembangan di Mesir

BAITULMAQDIS:  Di sebalik sikap berdiam diri, Israel memerhatikan perkembangan rusuhan antikerajaan di Mesir dengan perasaan berdebar kerana bimbang ia dapat menumbangkan rejim Hosni Mubarak yang selama ini banyak membantu dasar Tel Aviv di dunia Arab.

Ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan kerajaannya tidak memberi sebarang reaksi mengenai situasi Mesir, syarikat penerbangan Sun D’Or secara diam-diam membawa keluar warga negara itu - termasuk diplomat - kembali ke Israel.
 

Operasi itu dibuat melalui satu penerbangan khas disediakan Sun D’Or. Sebagai sekutu akrab Israel, Tel Aviv memang mahu kestabilan kerajaan Hosni berterusan bagi melindungi kepentingan rejim Tel Aviv.
 

Mesir adalah negara Arab pertama berdamai dengan Israel dan sejak menggantikan Anwar Sadat yang dibunuh tiga dekad lalu, Hosni dengan taat menghormati setiap janji terkandung dalam perjanjian damai berkenaan.
 

Hosni juga bertindak sebagai penghubung Israel kepada dunia Arab dengan sering menjadi perantara dalam isu Palestin.
 

Lebih penting, kerajaan Hosni bekerjasama dengan Tel Aviv mengekang kumpulan pejuang Islam Palestin, Hamas, daripada mentadbir Gaza secara berkesan.
 
Seorang pegawai Israel mengaku amat bimbang terhadap masa depan Hosni.

“Kami juga bimbang kebangkitan rakyat itu menular ke Jordan atau wilayah Palestin,” katanya. - AP
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...