Friday 27 May 2011

Musti mau Cuba...

Salam jumaat semua,ha pagi ni suram nak imporm gtau kt korang yg suram bru je jalan2 cuci mata area hair,head and mind, ala yg sebelah dengan area otak and akal tu. 


Ha,meh sini semua berhimpun, suram nak gtau yang suram bw kat blog hair,head and mind ala yang sebelah area otak and akal (brape kali nak ulang da) .

Suram baca entry member kita nie, so suram t'tarik kat 1 side nie, yang mna side tu ada pic SWEETIE CHEESE. Suram bukan pe kengkwan, suram ni jenis sakit la mata bila nampak cheese2 ni (ni bukan ayat xsuka der,tp ayat meleleh akan kesedapan,keenakan & kelazatan mr.cheese ni).

Ikut hati dan prasaan suram, memang sekarang juga nak order, tp tu la area rumah suram jauh kowt, SG.BULOH der, xpela ada rejki nanti, akan suram cekau juga SWEETIE CHEESE ni.


Bagi kengkawan kat luar sana, kalau korang teringin nak makan SWEETIE CHEESE ni, korang boleh terjun ke blog kawan kita ni Head,Hair and Mind.. And korang boleh tanya @ tengok sendiri kat mana boleh korang dapatkan SWEETIE CHEESE.


Jom BerKarnival

Salam semua..Pengumuman penting ye, hujung minggu ni akan berlangsung karnival besar-besaran di Putrajaya. Yang mana program ni dah  termaktub dengan :-

Karnival Belia Negara 2011
Tarikh : 27-29 MEI 2011
Tempat : Kawasan Putrajaya

Sapa yang ada kelapangan masa boleh la outing ke karnival ni, macam2 aktiviti ada, kalau korang nak tau perkembangan selanjutnya, bolehlah surfing ke laman ni Jadual Program Hari Belia Negara 2011

sHar1Ng 15 Car1ng...

Thursday 26 May 2011

Pinangan

Soalan :
Jika sorang lelaki menyatakan hasrat kepada sorang pempuan tuk dijadikan calon isteri, dan perempuan itu bersetuju? Adakah ia dikira bertunang? Walaupun ibu bapa perempuan berkenaan belum mengetahui akan pihak lelaki ( belum kenal bakal menantunya ).

Jawapan :
Maksud Meminang :
1.       Meminang dalam islam @ dalam hukum Fiqh :- Pihak lelaki menyatakan hasrat tuk berkahwin dengan sorang perempuan, maka itulah maksud meminang dalam Islam.
Bila pihak perempuan manjawab setuju, maka perempuan tersebut telah menjadi tunang kepada si lelaki tersebut.

Contoh tuk nak menampakkan situasi ni :
Lelaki : I nak jadikan U sebagai WIFE I la.
Perempuan : I redhalah,setujulah dan terimalah tuk menjadi WIFE U.

Perempuan diatas dah setuju dan terima nak jadi isteri kapada lelaki tersebut, maka hukumnya mereka berdua telah menjadi tunangan. Samada lafaz tu melalui handphone,surat,email, maka hukum dalam islam telah sah menjadi tunangan. Dengan itu,haram bagi sesiapa yang ingin masuk meminang perempuan tersebut (haram bagi yang dah tau perempuan tu dah jadi tunang orang,yg xtau sebaliknya, tp dinasihatkan xpayah la kacau perempuan tu kalau perempuan tu xnak kat korang).
Tabiat orang melayu ni lain pulak jenisnya, orang melayu kalau meminang kena datang rombongan, bawa bekas macam2 sampai xcukup tangan dibuatnya. Sebelum tu kena ingat, yang style orang melayu dok slalu buat tu adat semata2 bukan hukum. Ye, adat ni perlu dijalankan juga coz ia satu pengishtiharan nak inform kat orang kampung yang pasangan tersebut telah menjadi sepasang tunangan secara sah.
Cuma yang nak disampaikan kat sini, contoh apa yang lelaki tu buat adalah bersumberkan dalam hukum islam. Hukum adat nanti, sebab kita kena pakai hukum islam dulu, baru kita pakai hukum adat ni.

PERSOALANNYA
SEMASA LELAKI TU BAGITAU YANG DIA NAK MEMINANG PEREMPUAN TU, SI PEREMPUAN CAKAP SETUJU NAK JADI TUNANG LELAKI TU, MASALAH KAT SINI WALI @ WAKIL PEREMPUAN XDE BERSAMA PEREMPUAN KETIKA LELAKI TERSEBUT  BAGITAU HASRAT DIA NAK MEMINANG AKAN PEREMPUAN TU. ADAKAH SAH PINANGAN LELAKI TU?  JAWABNYA SAH.

@

PIHAK IBU BAPA KEPADA PEREMPUAN TU XDE SEMASA PEREMPUAN TU JAWAB SETUJU NAK JADI TUNANG, MAKA SECARA SAH JADI JUGA PEREMPUAN TU TUNANG KEPADA SI LELAKI TADI.

Persoalan tadi boleh kita rujuk pada pendapat Ulama’ , dalam hal ni ulama tetapkan 2 pendekatan :

Pendekatan pertama :- Jika perempuan ni jenis @ type orang yang PERSETUJUANNYA tu SAH pada SYARAK, maka ia menjadi tunangan orang.
Ciri2 perempuan yang keizinannya sah pada syarak :
·       *  Perempuan yang waras fikirannya.
·       *  Perempuan tu dah sampai umur aqil baligh.
·       *  Perempuan yang cerdik.
·       *  Perempaun yang boleh bawa dirinya.
Jadi jika si perempuan tu ada ciri2 kat atas ni, maka persetujuannya itu sah dan diterima syarak.

Pendekatan kedua :- Jika perempuan ni jenis @ type yang PERSETUJUANNYA tu TIDAK SAH pada SYARAK, maka ia tidak akan menjadi tunangan orang. Dalam hal ni, si perempuan berhajat pada wali, jika wali setuju maka si perempuan tu barulah jadi tunang orang.
Ciri2 perempuan yang keizinannya tak sah di sisi syarak :
·       *  Perempuan yang belum sampai umur aqil baligh. Cnth : perempuan yg baru umur 8-9 tahun. Maka yang             mengesahkan @ yang boleh terima pinangannya adalah wali sahaja.
·       *  Perempuan yang berpenyakit.
·       *  Perempuan yang ada masalah mental.
Semua ni adalah syarat yang mana salah satu tanggungjawab wali tuk jawab samada terima @ tidak suatu pinangan keatas anak perempuannya tu.

Ada ke orang nak pada perempuan jenis kat atas ni?
Tak mustahil xde, kalaulah yang nak tu pun sama type dengan perempuan tu. Maka hukum penetapan tunang akan sah jika dapat persetujuan dari ahli keluarga pihak perempuan dulu. Baru ia akan jadi tunang yang sah.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...